IPOH – Tun Mahathir Mohamad merupakan antara individu yang memulakan perpecahan dalam kalangan orang-orang Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa, bibit-bibit perpecahan Melayu bermula pada 1998 apabila Tun Mahathir menanamkan persepsi negatif terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Siapa yang beritahu kita Anwar jijik, bukan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi), Najib (Datuk Seri Najib Razak), Lim Kit Siang atau Hadi Awang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tetapi Tun Mahathir.

“Pada waktu itu, orang Melayu berpecah dan bercelaru malah disebabkan perbuatan itu ada orang takut hendak ke majlis kenduri bimbang  terserempak dengan adik beradik yang menyokong sebelah sana (Anwar),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Ipoh Timur di Dewan Grand Ballroom Hotel Impiana hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman, Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Timur, Hairul Anwar Mohamed Noor

Jelasnya, pada hari ini, Tun Mahathir bangkit mengatakan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan, Anwar adalah orang pertama yang akan dibebaskan kerana ditahan dengan cara tidak betul.    

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEPALA BATAS - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat Umno kerana berpaling tadah menyokong dan menyertai Pakatan Harapan demi kepentingan peribadi.
  • BENTONG - Semua Ahli Umno perlu kembali berpegang dan mendalami cogan kata "Bersatu, Bersetia, Berkhidmat bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
  • KEPALA BATAS - Umno sudah melalui pelbagai episod hebat penentangan parti politik lain terhadap pemimpin dan parti, maka ia tidak gentar menghadapi ancaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk pada pilihan raya akan datang, kata seorang pemimpin Umno negeri.
  • KUANTAN - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, rakyat di negara ini tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah dari luar yang memburukkan kepimpinan negara kerana ia dilihat sebagai antara agenda untuk menghancurkan negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.