KUALA LUMPUR - Berikutan kemangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini, Amanah merakamkan sembah takziah kepada Sultanah, kerabat diraja dan seluruh rakyat kedah.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Tahir berkata, Amanah akan menangguhkan Majlis Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan dan Konvensyen Nasional Amanah.

"Sambutan Hari Malaysia dijadualkan pada 15 September di Dataran Stargate manakala Konvensyen Nasional Amanah pula dijadual 16 dan 17 September di Hotel Royale Signature, Alor Setar ditangguhkan.

"Majlis Sambutan Hari Malaysia Harapan  alan diadakan pada 20 Oktober manakala Konvensyen Nasional pula diadakan pada 21 dan 22 Oktober di tempat dan masa sama," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, mewakili partinya turut mengucapkan salam takziah.

"Kami dari Harapan mengucapkan takziah pada keluarga DYMM, Sultan Kedah di atas kemangkatan baginda hari ini.  Kami tumpang bersedih dan menunggu pengisytiharan sultan yang baru," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.