KANGAR - Rakyat dinasihati supaya memilih pemimpin yang benar-benar mampu mentadbir negara dan bukannya pemimpin 'syok sendiri' sehingga sanggup mencalonkan diri sendiri untuk menjadi perdana menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam keadaan Umno dan BN yang terus konsisten menabur jasa kepada rakyat, pembangkang  pula semakin bercelaru dan tidak mampu membela nasib rakyat.

"Tiada siapa yang berhak menjadi perdana menteri melainkan melalui proses pilihan raya. Dalam sistem demokrasi berparlimen, parti yang banyak memenangi kerusi yang layak membentuk kerajaan dan menjadi perdana menteri.

"Tidak boleh tawar diri sendiri untuk jadi perdana menteri seperti yang berlaku dalam pembangkang. Perdana menteri sejak merdeka adalah Presiden Umno sebab Umno yang paling banyak kerusi di Parlimen," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Akar Umbi Umno Negeri Perlis yang dihadiri 3,000 anggota parti di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Pengerusi Umno Perlis. - Bernama

AKAN MENYUSUL
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LANGKAWI - Masyarakat India perlu mempunyai ‘nambike’ atau kepercayaan terhadap BN sebagai parti yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • MUAR - Bagaimana 'parti bunga' hendak mentadbir negara ini jika pemimpin parti itu tidak mampu mentadbir parti sendiri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa boleh menyelesaikan masalah ditimbulkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh dua tahun.
  • KOTA BHARU - BN menyifatkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat serangan jahat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila menuduh kerajaan akan menghalang berlangsungnya PRU14.
  • KUALA LUMPUR - BN komited dalam melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) khas sempena PRU14 seperti mana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).