KOTA KINABALU - Perpaduan antara parti komponen BN di Sabah perlu terus diperkukuh bagi memastikan parti tetap kuat dan stabil untuk terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Musa selaku Pengerusi BN Sabah berkata meskipun parti komponen BN negeri mempunyai latar belakang berbeza, namun, kesemua parti tetap berkongsi objektif dan matlamat sama iaitu membuktikan kepercayaan diberikan rakyat dengan menunaikan tanggungjawab serta amanah sebaiknya.

"Kepelbagaian pendekatan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada anggota parti dan rakyat bukanlah penghalang kepada kita untuk saling bekerjasama membangun serta memajukan lagi masyarakat dan negeri pada keseluruhannya.

Rekod prestasi BN dan kemampuan untuk memimpin dan membawa pembangunan di dalam negeri jelas membuktikan bagaimana kami menghargai kepercayaan dan keyakinan rakyat.  Antara kunci utama yang membantu mengukuhkan Kerajaan BN Sabah ialah kesetiaan kepada konsep kepimpinan BN dan kepada pemimpin parti dan kerajaan, “ katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen MIC Sabah ke-19 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang.

Musa berkata konvensyen MIC dengan tema 'Merancakkan Trasformasi Menunaikan Aspirasi' akan menjadi platform dalam memperkasa dan memantapkan lagi perjuangan parti itu di Sabah.

Sementara itu, Pengerusi MIC negeri Datuk V. Jothiajaan ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya di semua peringkat cawangan dan bahagian akan terus memberi sokongan padu dan kerjasama penuh kepada  parti komponen BN Sabah yang lain untuk beroleh kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, terdapat kira-kira 3,600 pengundi kaum India di seluruh Sabah.

Dalam pada itu, Jothiajaan berkata MIC Sabah mempunyai lebih 30 cawangan dengan lebih 2,000 anggota, dan parti itu kini sedang dalam usaha untuk menambah cawangan serta keanggotaan di beberapa kawasan termasuk di Sepanggar dan Putatan- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah mempunyai hak untuk melarang mahupun menyekat kemasukan mana-mana individu berniat jahat serta dengan hasrat memfitnah, meracuni fikiran dan memecah-belahkan rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
  • TENOM - Kerajaan Sabah terus bekerja untuk memberi perkhidmatan terbaik tanpa menghiraukan fitnah pembangkang mengenai Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini.
  • SANDAKAN - Umno Sabah mengiktiraf peranan Puteri Umno sebagai salah satu sayap penting dalam perjuangan parti bagi menghadapi PRU14.
  • SANDAKAN - Rakyat di negeri ini diminta berwaspada dengan janji kosong dibuat oleh parti baharu yang hanya wujud untuk pilihan raya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.