LEDANG - Persepsi negatif masyarakat Cina terhadap kerajaan mula berubah serta tidak lagi menganggap bantuan kerajaan hanya untuk orang Melayu, sebaliknya untuk semua kaum menerusi dasar pemerintahan yang adil diamalkan Barisan Nasional (BN).

Adun Tangkak, Goh Tee Tee berkata, masyarakat Cina sebelum ini terpengaruh dengan maklumat tidak tepat hingga menyebabkan mereka tidak mahu memohon sebarang bantuan yang disediakan dan akhirnya memakan diri.

“Mereka sudah ada persepsi itu sejak dulu, tetapi pada penggal ini saya dapat mengubahnya serta buktikan bantuan kerajaan adalah untuk semua kaum.

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, lebih 2,000 kaum Cina layak dapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) buat pertama kali bagi meringankan bebanan keluarga mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tee Tee berkata, selain bantuan JKM, masyarakat Cina juga dilihat memohon banyak bantuan daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pertanian dan Risda kerana sebahagian besar mereka adalah pekebun.

“Sebenarnya jika mereka layak untuk mohon bantuan, mereka akan dapat merasakan keprihatinan  kerajaan yang akhirnya telah mengubah persepsi mereka itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, pada Pilihan Raya Umum 2008, manifesto pembangkang berjaya menambat hati pengundi tetapi selepas lima tahun, lebih 90 peratus daripadanya masih tidak dapat ditunaikan.

Kata Tee Tee, pengundi di sini semakin sedar dan tidak lagi tertipu dengan janji-janji kosong pembangkang.

“Mereka semakin bijak serta dapat menilai siapakah kerajaan sebenar yang boleh bawa kemajuan buat rakyat terutama transformasi dalam pelbagai bidang seperti dilakukan kerajaan BN.

“Rakyat terutama masyarakat Cina di sini faham. Mereka juga adalah ketua keluarga dan jika tidak mampu berjanji kepada anak-anak mereka contohnya beli motosikal, mereka tidak akan cakap sekiranya tidak boleh tunaikan.

“Saya nampak pendekatan terbaik untuk menambat hati rakyat ialah dengan cara mengambil tahu masalah yang dihadapi mereka,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Pergerakan Puteri Umno Melaka digesa memberi fokus terhadap usaha mengesan pemilih wanita muda yang berpotensi menjadi anggota baharu pergerakan sayap itu menjelang PRU14.
  • ARAU - Kaum India di negara ini akan terus dibantu walaupun mereka hanya kaum minoriti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
  • PASIR SALAK - Keengganan pembangkang untuk menyerahkan senarai calon PRU14 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan memberi kelebihan kepada Umno dan BN.
  • KUALA LUMPUR - Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) berikrar untuk memastikan BN terus memperoleh sokongan masyarakat India, sekali gus mendapat mandat besar pada PRU14.
  • SHAH ALAM - BN menghormati dan mengambil sikap berlapang dada berhubung hasil kajian soal selidik PRA-PRU yang dilaksanakan oleh Sinar Harian, baru-baru ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.