KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan cuba menimbulkan isu kerjasama Pas dan Umno, yang maklumat itu sebenarnya tidak tepat, dengan harapan Pas menyertai pakatan tersebut.

"Mereka berharap Pas menyertai Pakatan Harapan namun, kita tidak akan bersama Pakatan Harapan.

"Ini kerana prinsip-prinsip yang dibawa oleh Pas sering kali ditentang oleh beberapa kumpulan dalam pakatan itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim juga membidas pemimpin tertentu dalam Pakatan Harapan yang menuduh Pas bekerjasama dengan Umno untuk menghadapi PRU14 termasuk berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi.

"Sebagai pemimpin, kalau kita percaya dengan maklumat yang dikutip di tepi jalan maka, tidak layaklah menjadi pemimpin.

"Sepatutnya mereka mendapatkan maklumat yang betul," katanya sambil menegaskan bahawa Pas tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan Umno. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
  • KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.