BALING - Pas akan melaksanakan dua sistem pencukaian mengikut kaedah Islam bagi menggantikan GST yang membebankan rakyat sekiranya mentadbir negara.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ia adalah cukai simpanan korporat dan cukai jual beli saham.

Menurutnya, cukai berdasarkan prinsip Islam itu hanya dikenakan kepada golongan kaya dan bukannya miskin.

"Korporat yang menyimpan di bank akan dikenakan cukai 2.5 peratus. Data Bank Negara Malaysia menunjukkan 1.6 trilion simpanan rakyat Malaysia. Kita andaikan 1/3 adalah simpanan korporat. Jika dikenakan cukai 2.5 setahun, negara dapat pulangan 13 bilion.

"Bagi cukai jual beli saham ia dikenakan selepas cukup setahun. Dalam data BSKL, transaksi jual beli saham pada 2016 ialah sebanyak 1.8 trilion. Jika dikenakan 2.5 peratus kepada saham tersebut negara akan dapat pulangan sebanyak 45 bilion. Itu belum campur dengan cukai jual segera yang ada untung dan perlu bayar zakat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tidak naikkan cukai untuk dana PTPTN]

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bersama Sinar Harian selepas program Bicara PRU14 di Pusat Tarbiah Islam Kuala Ketil di Bukit Pak Kuning.

Menurutnya, dua kaedah cukai mengikut lunas Islam itu ternyata lebih menguntungkan berbanding GST yang menindas rakyat miskin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Perhimpunan Agung MIC ke 71 di Pusat Dagangan Putra semalam menyifatkan rakyat sering menyalahkan kerajaan biarpun GST hanya dikenakan 6 peratus berbanding 28 peratus dikenakan di India.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yakin konsep dan prinsip penyatuan merupakan elemen penting kepada kelangsungan survival politik Melayu dan Islam.
  • BALING - Pas menyifatkan Pas dan Umno bukannya 'keli dan sembilang' yang tidak boleh disatukan dalam mendaulatkan sebuah kerajaan Islam.
  • SHAH ALAM - Kepimpinan tertinggi Pas hari ini terus berdepan cabaran bukan hanya daripada luar tetapi juga dalam kalangan ahlinya sendiri.
  • BALING - Pas menyifatkan Amanah bukan lawan mereka dalam arena politik tanah air, tegas Naib Presidennya, Idris Ahmad.
  • KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menafikan bahawa parti itu semakin 'membisu' dalam mendepani isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.