KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas,  Nik Abduh Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019, hari ini.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat  209 undi berbanding Nik Abduh yang memperoleh 37 undi.

Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sementara Adun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood  yang mengantikan  bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai wakil rakyat pula mendapat sokongan tertinggi untuk  jawatan ahli jawatankuasa kawasan dengan  jumlah  205 undi.

Sebelum itu turut mengekalkan kepimpinan dalam sayap  kawasan Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar, Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas merasmikan mesyuarat agung itu yang diadakan di Kompleks Purnama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.