SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan kerajaan Malaysia diseru untuk menyatakan pendirian dalam isu pembunuhan beramai-ramai (genosid) umat Islam yang dilaksanakan oleh rejim tentera Myanmar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kerajaan Malaysia dan OIC perlu bertindak seperti 'anak jantan' untuk menegur dan memberi amaran serta bertindak tegas kepada tentera rejim.

"Segala bentuk kerjasama dengan Myanmar wajar di gantung, hubungan dagang perlu di tangguh dan pengambilan pekerja Myanmar ke Malaysia perlu di bekukan selagi mana isu​ ‘genosid halal’ di Arakan tidak selesai," kata Mahfuz.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia perlu bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan.

"Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan.

"Adakah kita rela melihat 'Bosnia Kedua' berlaku di bumi Asean?" kata Mahfuz lagi.

Menurut beliau, serangan roket, mortar dan helikopter secara terang-terangan dilakukan oleh tentera Myanmar tanpa sebarang alasan terhadap etnik Rohingya yang beragama Islam.

"Bukti bergambar serta pengakuan mangsa telah viral keseluruh dunia.

"Mana mata hati negara-negara dunia, masih butakah dunia hari ini?" tambah beliau.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Pas berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut akan membincangkan isu kedudukan umat Islam Rohingya masa kini dalam pertemuannya bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump nanti.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.