PRN Johor: Akaun WhatsApp palsu guna identiti calon PH dikesan

Fahmi
Fahmi
A
A
A

BATU PAHAT – Kementerian Komunikasi menerima satu aduan berhubung penyalahgunaan aplikasi media sosial selepas seorang calon Pakatan Harapan (PH) menjadi mangsa penyamaran menerusi akaun WhatsApp palsu yang menggunakan identitinya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, akaun WhatsApp palsu itu diwujudkan sehingga mesej yang disebarkan dipercayai seolah-olah dihantar oleh calon berkenaan.

"Setakat ini, kita menerima satu aduan berkaitan penyalahgunaan media sosial membabitkan seorang calon PH yang identitinya digunakan untuk mewujudkan akaun WhatsApp palsu.

"Mesej yang disebarkan menerusi akaun berkenaan seolah-olah datang daripada calon itu. Itulah kes pertama yang kita terima dan setakat ini belum ada aduan lain atau aduan baharu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan ziarah kasih di Parit Sulong sempena Program Strategik Kementerian Komunikasi di Negeri Johor pada Ahad.

Fahmi (kiri) melawat penduduk di Parit Maimon sempena Ziarah Kasih Kementerian Komunikasi pada Ahad.
Fahmi (kiri) melawat penduduk di Parit Maimon sempena Ziarah Kasih Kementerian Komunikasi pada Ahad.

Fahmi berkata, suasana kempen ketika ini memperlihatkan terdapat segelintir netizen yang menggunakan platform digital secara toksik, namun pada masa sama ramai juga yang berkempen secara matang dan berhemah.

"Saya lihat kedua-dua keadaan itu berlaku. Ada netizen di sesetengah platform yang bersifat toksik, tetapi pada masa sama ada juga yang berkempen secara dalam talian dengan cara yang sihat.

Artikel Berkaitan:

"Kita kalau boleh nak berkempen secara bersih sihat bukan dengan caci maki tetapi berasaskan fakta

“Kita harap netizen yang akan bersama dalam usaha kempen secara sihat,” katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!