Bot karam ketika candat sotong: Nelayan maut sempat potong tali sauh selamatkan 11 nyawa

Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Batin Seberang Takir, Kuala Nerus oleh pasukan penyelamat.
Mayat mangsa dibawa ke Jeti Kampung Batin Seberang Takir, Kuala Nerus oleh pasukan penyelamat.
A
A
A

​KUALA NERUS - Aktiviti mencandat sotong bertukar tragedi apabila sebuah bot yang membawa 12 individu karam di tengah laut menyebabkan seorang nelayan tempatan meninggal dunia dalam kejadian di perairan Terengganu pada Jumaat.

​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, yang bekerja sebagai nelayan dan beralamat di Kampung Batin, di sini.

Jenazah mangsa kini berada Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk proses bedah siasat.
Jenazah mangsa kini berada Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk proses bedah siasat.

​Beliau berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang individu yang memaklumkan mengenai kejadian jam 9 malam.

​Menurut beliau, hasil rakaman percakapan awal daripada pengadu yang juga kapten bot, Mohd Awais Sa'ari, 37, mendapati mereka bertolak dari Jeti Kampung Batin Seberang Takir pada jam kira-kira 5.30 petang untuk keluar mencandat sotong.

"Bot tersebut membawa 10 orang penumpang bersama dua kru termasuk si mati yang juga sepupu kepada pengadu.

​"Bagaimanapun, ketika berada di tengah lautan pada jam lebih kurang 8.40 malam, pengadu mendapati air laut mula memasuki ruangan enjin bot disebabkan keadaan laut yang ketika itu sedikit bergelombang.

Artikel Berkaitan:

Pasukan penyelamat mengusung jenazah kru bot, Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, yang maut selepas bot mencandat sotong dinaikinya karam kira-kira sembilan batu nautika dari Kuala Nerus di Jeti LKIM Kampung Batin. Foto Bernama

​"Air naik terlalu cepat dan mangsa sempat memotong tali sauh bagi membolehkan tekong menggerakkan bot untuk mencari bot berhampiran bagi mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau berkata, dalam tempoh kira-kira 15 minit kemudian, bot berkenaan telah karam sepenuhnya dan kapten bot telah berenang sejauh kira-kira satu batu (1.8km) sebelum berjaya menemui sebuah bot awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang individu yang memaklumkan mengenai kejadian jam 9 malam.
Polis menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang individu yang memaklumkan mengenai kejadian jam 9 malam.

Katanya, bot awam itu kemudiannya menyelamatkan kesemua mangsa yang terapung di tengah lautan dengan menarik mereka naik ke atas bot.

​"Ketika diselamatkan, mangsa (Ahmad Nasaruddin) dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kampung Batin, Kuala Nerus.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, yang bekerja sebagai nelayan dan beralamat di Kampung Batin. Foto Bernama
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Nasaruddin Mohmad Jalil, 37, yang bekerja sebagai nelayan dan beralamat di Kampung Batin. Foto Bernama

​"Hasil pemeriksaan awal ke atas tubuh badan jenazah mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dikesan berlaku terhadap mangsa.

​"Jenazah mangsa kini berada Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk proses bedah siasat sekitar jam 9 pagi pada Sabtu," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!