IPOH - Gerakan telah melantik penyelaras di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) sejak tiga tahun lepas bagi melancarkan gerak kerja parti dalam menghadapi PRU14  akan datang. 

Presidennya Datuk Seri Mah Siew Kiong berkata langkah itu diambil sebagai mengambil iktibar daripada kekalahan teruk dialami parti itu pada PRU13.

"Kami lantik penyelaras ini untuk melicinkan gerak kerja parti dan mengambil iktibar daripada kekalahan yang berlaku pada PRU13. Pelantikan ini juga membuktikan kami serius dan bersedia untuk menghadapi PRU14,” katanya . 

Mah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Negeri Perak Tahun 2017 yang dihadiri 524 perwakilan parti seluruh negeri di sini, hari ini.

Ditanya jumlah kerusi Dun yang mungkin ditandingi Gerakan pada PRU14,  katanya, perkara itu masih dalam perbincangan namun menurutnya empat kerusi Dun sedang dalam pemerhatian parti. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.