SHAH ALAM - "Jentera Umno dan BN di Selangor perlu memantapkan lagi usaha dalam mendapatkan kembali kepercayaan rakyat di negeri itu," kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, situasi politik yang berlaku di Selangor kini sewajarnya diambil peluang oleh jentera sedia ada agar negeri ini kembali semula kepada pemerintahan BN.

“Ekosistem yang berubah ini harus dimantapkan oleh jentera yang ada,” ujarnya pada sidang media selepas menghadiri program Universiti Bersama Timbalan Perdana Menteri dengan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Semua Exco Pas Selangor patut letak jawatan]

Beliau berkata demikian mengulas situasi politik di Selangor, selepas Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, minggu lalu.

Berikutan itu, kedudukan tiga Exco Pas di Selangor menjadi tanda tanya.

Bagi memastikan usaha itu, kata Ahmad Zahid, beliau sendiri akan turun padang bersama-sama usaha yang digerakkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar dan rakan-rakan lain di peringkat bahagian.

“Kita tidak hebohkan apa yang kita lakukan tetapi kita harus perkukuhkan usaha supaya rakyat  mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi terhadap BN di Selangor,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEGAMAT - Rakyat Malaysia perlu menilai dan melihat semula tindakan pembangkang di negara ini yang dilihat lebih membawa kepada kemusnahan (destruktif) berbanding membawa kebaikan (konstruktif).
  • PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pencontoh kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN11) Sarawak akan digunakan sebagai sebahagian daripada struktur operasi BN pada PRU14.
  • BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan hasrat Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
  • BAGAN DATUK - Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang tidak konsisten pendiriannya selepas menyatakan keengganannya menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang dalam PRU14, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA LUMPUR - Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri boleh menyebabkan kerosakan kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.