Maszlee setuju, Onn Hafiz tak dapat hadir, Dialog PRN Johor tetap diteruskan

Onn Hafiz dan Maszlee
Onn Hafiz dan Maszlee
A
A
A

SHAH ALAM - Dialog PRN Johor anjuran bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro AWANI dan Sinar Harian akan diteruskan seperti dijadualkan pada Selasa ini meskipun Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan tidak dapat menghadiri program berkenaan kerana mempunyai komitmen yang telah ditetapkan lebih awal.

Pihak penganjur memaklumkan mereka menghormati keputusan Onn Hafiz, namun berpendapat dialog tersebut wajar diteruskan bagi menyediakan platform kepada rakyat mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu semasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“RTM, AWANI dan Sinar Harian menghormati keputusan Onn Hafiz yang tidak dapat memenuhi jemputan kerana mempunyai komitmen yang telah dijadualkan lebih awal.

“Bagaimanapun, Dialog PRN Johor akan diteruskan seperti yang dirancang.

"Kami juga sedang berusaha menjemput panel lain yang bersesuaian bagi memastikan objektif program ini untuk menyuburkan budaya demokrasi dan wacana yang matang terus dapat dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, pasukan Onn Hafiz memaklumkan Menteri Besar Johor itu tidak dapat menghadiri dialog tersebut.

“Terima kasih atas jemputan, walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat Menteri Besar tidak dapat menyertainya kerana perlu menghadiri program lain yang telah dijadualkan lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Artikel Berkaitan:

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

"RTM, AWANI dan Sinar Harian mungkin boleh mempertimbangkan untuk menjemput calon-calon bertanding di Puteri Wangsa supaya sesi dialog lebih fokus untuk pengundi di kerusi berkenaan," kata salah seorang pegawai Onn Hafiz kepada penganjur.

Sebelum itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mengesahkan penyertaannya dalam sesi dialog berkenaan.

Menerusi jawapan kepada surat jemputan yang dihantar penganjur, beliau bersetuju untuk menjadi tetamu pada sesi dialog itu.

“Dengan rendah hati saya menerima undangan tersebut dan menantikan peluang untuk menyertai dialog tersebut," katanya menjawab kepada surat jemputan penganjur.

ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Sebelum ini, RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian mengemukakan jemputan rasmi kepada Onn Hafiz dan Maszlee bagi menyertai Dialog PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 7 Julai, dari jam 9 malam hingga 10 malam di RTM Johor, Johor Bahru.

Menurut surat jemputan itu, dialog selama sejam berkenaan bertujuan memberikan ruang yang adil dan seimbang kepada kedua-dua tokoh untuk berkongsi visi, dasar, keutamaan serta penyelesaian terhadap isu-isu yang menjadi perhatian rakyat Johor.

Penganjur turut menjelaskan bahawa sesi itu bukan bertujuan mewujudkan konfrontasi politik, sebaliknya mengangkat budaya wacana yang berfakta, berhemah dan berorientasikan penyelesaian, sekali gus membantu rakyat membuat penilaian yang lebih bermaklumat menjelang hari pengundian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!