Anwar undang risiko, jika BN menang imej PH dan PM tercalar - Hassan Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim
A
A
A

PASIR GUDANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdepan risiko imej politik tercalar sekiranya Pakatan Harapan (PH) ditakdirkan tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 16.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, PRN Johor ini telah mempamerkan dua panglima perang

Beliau menyifatkan, PH menonjolkan Anwar sendiri sebagai panglima manakala Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai jeneral di barisan hadapan.

"Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri kerajaan Pusat manakala Onn Hafiz hanya seorang menteri besar sebuah kerajaan negeri.

"Di sinilah letaknya risiko yang dihadapi oleh Anwar. Kalau PH menang, Anwar tetap jadi Perdana Menteri tetapi rakyat melihat bukanlah sesuatu yang menghairankan atau ajaib, jika PH menang dalam pilihan raya Johor ini yang Perdana Menteri kelihatan aktif berkempen hampir setiap hari.

"Tetapi jika Onn Hafiz yang dari segi umur dianggap anak, masih digelar budak berjaya membuat kejutan dengan memenangi PRN Johor ini sehingga boleh membentuk kerajaan Johor.

"Maka landskap politik negara akan berubah. Onn Hafiz akan muncul sebagai pemimpin muda dari Johor yang boleh melangkah jauh ke depan sebagai pemimpin nasional.

"Kejayaannya di PRN Johor, jika benar-benar berlaku, menjadikan Onn Hafiz satu bintang baru dari selatan untuk bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Hassan, perkara sebaliknya berlaku jika PH ditakdirkan tewas dalam PRN Johor kali ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya kesan sangat buruk terutama melibatkan imej Anwar sebagai panglima perang yang dapat dikalahkan oleh Onn Hafiz.

"Kekalahan juga akan mencalarkan wajah PH dan juga Anwar sebagai Perdana Menteri untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-16 tidak lama lagi.

"Jadi kalah dalam PRN Johor kali ini bukan satu pilihan kepada Anwar Ibrahim dan PH.

"Justeru itu dalam tempoh tidak sampai seminggu ini para pemimpin, anggota dan penyokong PH yang dikatakan berjumlah lebih sejuta orang itu perlulah bekerja kuat bagi menentukan PH menang.Tiada pilihan lain," katanya

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!