AMPANG - Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak, menyatakan keyakinan bahawa Umno akan terus menakluk pemerintahan negara hasil sumbangan jasa bakti demi rakyat sepanjang 71 tahun memerintah.

Menurutnya, terlalu banyak bantuan hasil cetusan Umno yang memberi seribu satu manfaat kepada rakyat selama ini.

Antaranya, subsidi ibadah haji, pembinaan rumah rakyat miskin, subsidi kesihatan serta bantuan Pendidikan percuma.

Ia berbeza dengan pembangkang yang hanya cakap kosong.

"Pembangkang hanya banyak cakap dan banyak tabur fitnah tapi tak ada budi tak ada jasa. Kerana itu  ALLAH SWT  beri kemenangan kepada BN setiap kali PRU.

"Bantuan diberikan Umno pelbagai bentuk serta terlalu besar dan banyak. Ianya bukan ikut musim kerana selama usia Umno kita terus usaha bantu rakyat,"katanya ketika berucap sempena Pelancaran Program Umno Bantu Rakyat Biro Kebajikan Umno, di sini.

Dalam majlis itu beliau menyempurnakan pelepasan konvoi Jelajah Umno Bantu Rakyat Biro Kebajikan Umno.

Seramai 300,000 rakyat miskin luar Bandar disasarkan bagi memanfaatkan bantuan tersebut.

Terdahulu turut disampaikan sumbangan kepada anak yatim, pertubuhan ibu tunggal, orang miskin serta kepada 22 Umno Bahagian Selangor.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - "Ibarat sinetron, tapi yang anti-klimaks," ujar Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun ketika mengulas pengumuman khas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kepulangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke pangkuan Umno, petang semalam.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan sidang media khas di Ibu pejabat Umno di Tingkat 39, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.
  • SHAH ALAM - Kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar mampu memberikan implikasi yang baik demi pembangunan dan kesejahteraan negara.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar pihak pembangkang yang menuduhnya menjual kedaulatan negara hanya kerana menjalin hubungan yang erat dengan China.
  • PEKAN - Umno dan BN masih mempunyai ruang untuk memperkemaskan jentera mereka dalam fasa-fasa terakhir sebelum ‘wisel’ dan ‘beduk’ PRU14 dibunyikan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.