PUTRAJAYA  – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Vicki Treadell di sini.

Dalam pertemuan kira-kira sejam di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, Wan Azizah yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Treadell bertukar pandangan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Britain.

Dalam pertemuan kali kedua mereka itu sejak Wan Azizah dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada Mei lepas, turut dibincangkan ialah pelbagai isu termasuk usaha mentransformasikan perkhidmatan awam, isu perlindungan dan hak kanak-kanak.

Treadell mula berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia sejak 2014. - Bernama