PUTRAJAYA - Siri Wacana Cendekiawan anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma)  yang dijadualkan berlangsung Rabu ini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan diteruskan namun akan ditukar tajuk.

Forum terbaharu anjuran Atma itu sebelum ini  diumumkan bertajuk 'Polemik Kehadiran Masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu:  Migrasi atau Imigran ditukar ke tajuk lain susulan ia mencetus kontroversi.

Memetik laporan portal MalaysiaKini, Atma memberi jaminan forum yang akan berlangsung pada 14 November bermula jam 9 pagi itu akan diteruskan dengan tajuk baharu.

Difahamkan, tajuk sebelum itu telah mendapat teguran susulan forum fokus forum itu terhadap masyarakat India Malaysia dan pemilihan barisan panelnya.

Sementara itu melalui laman rasmi Facebook Atma malam kelmarin, institusi itu turut mengumumkan tajuk itu dibatalkan.

"Perbincangan akan diteruskan dengan sedikit perubahan kepada tajuk, tambah Atma kemudian,"jelas Atma.

Sementara itu forum yang akan berlangsung di Bilik Senat Aras 5 UKM itu akan menampilkan barisan panel termasuk Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa, Ahmad Murad Merican; Pensyarah Arkeologi, Nasha Rodziadi Khaw dari Universiti Sains Malaysia; Profesor Atma Zuliskandar Ramli; serta Pakar Tamadun India Azharudin Mohamed Dali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Semalam, Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) melahirkan kekecewaan mereka kerana   universiti terkemuka itu akan mengadakan forum yang disifatkan 'mempertikaikan' masyarakat India.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) itu juga mempersoalkan mengapa UKM menganjurkan program ini, tajuk kontroversi seperti itu.

Sementara itu Naib Presiden Mira, S Gobi Krishnan turut mengesahkan pihak Mira akan hadir mengikuti forum ilmiah itu.

Gobi sebelum itu mempertikaikan mengapa barisan panel forum tidak mewakili kaum lain.

Bagaimanapun Atma melalui ruangan komen mempertahankan tindakan mereka dengan alasan, tiada wakil dari kaum India berminat menjadi panel.

Tambah Atma, mereka bagaimanapun menjemput individu keturunan India untuk menyertai panel itu tetapi tiada yang menerimanya.

Tambahnya, daripada memilih panel berdasarkan identiti etnik, ia lebih penting bagi mereka yang memiliki kepakaran dalam arkeologi.