KUALA LUMPUR - Bagi menyambut kemeriahan perayaan di negara ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan 250 anak yatim dan golongan kurang mampu melalui penganjuran Majlis Mesra Deepavali.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk A Sakhtivel berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB tidak melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui pengajuran majlis tersebut setiap tahun.

“Ini sebahagian daripada program CSR kami untuk bersama-sama meraikan anak yatim dan golongan kurang mampu,” katanya selepas perasmian Majlis Mesra Deepavali 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan TNB, semalam.

Sakhtivel berkata, 3,000 orang terdiri daripada kakitangan TNB, pelanggan dan kontraktor turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Menurutnya, pihaknya berharap agar inisiatif yang dilaksana TNB dapat dicontohi semua GLC lain.

“Ini merupakan satu usaha yang baik kerana selain dari meraikan mereka, kita turut beri sumbangan token kepada kepada pihak berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah membuat persediaan di semua empangan hidroelektrik miliknya menjelang musim tengkujuh bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia untuk menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan yang akan bertugas 24 jam sekiranya berlaku banjir semasa musim tengkujuh ini.
  • PORT DICKSON - Projek bertaraf dunia milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), jana kuasa elektrik Jimah East Power di Jimah Port Dickson, kini 70 peratus siap.
  • SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memaklumkan paras air di semua empangannya di seluruh Semenanjung berada pada tahap selamat walaupun hujan lebat melanda bahagian utara tanah air.