KUALA LUMPUR - Sempena bulan Ramadan, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) tahun ini melancarkan pelbagai program 'Sinar Ramadhan 1433H' yang bertujuan membantu golongan memerlukan di seluruh negara.

Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata antara program yang diadakan ialah Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB), Kem Rakan Muda Masjid (RAPID), Program Khatam al-Quran, Ziarah Hospital dan 'Iftar for the Needy'.

"Program ini telah kita jalankan setiap tahun di beberapa negeri serta daerah, cuma pada tahun ini kita memperluaskan lagi ke seluruh Malaysia agar dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan terutamanya mereka yang miskin, ibu tunggal serta saudara baru," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pada tahun lepas sempena program bulan Ramadan ia meliputi 1,200 penerima di Kuala Lumpur dan Selangor, serta lebih 4,300 penerima di seluruh negara.

"Kita harap pada program kali ini ia akan melibatkan lebih ramai penyumbang sekaligus dapat membantu lebih ramai penerima yang memerlukan," katanya. 

Menyentuh mengenai program KSSB, Mohamad Raimi berkata ia dijalankan sejak tahun 2006 bagi membantu golongan fakir miskin serta saudara baru memperoleh makanan asasi.

Selain itu, program Rapid dilaksanakan di cawangan Abim seluruh negara dengan menyasarkan penglibatan golongan belia melalui aktiviti pengukuhan asas Fardhu Ain, Smart Solat, tazkirah dan tadarus al-Quran.

Beliau berkata program yang bertemakan 'Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai' itu turut mendapat kerjasama Global Peace Mission (GPM) untuk membantu komuniti Muslim di 15 negara termasuk masyarakat minoriti Islam Rohingya (Myanmar), Selatan Filipina dan Thailand, Kemboja serta Afghanistan.

"Melalui program 'Iftar for the Needy' Abim dan GPM turut bekerjasama membantu rakyat Syria yang menjadi mangsa konflik di negara itu dengan menyampaikan bantuan bekalan makanan.

"Mereka yang berminat boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Abim bernombor 14023010011177 di Bank Islam atau menghubungi Sekretariat Abim pusat di talian 03-41084500," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald J. Trump seharusnya menjadi sesuatu yang diterima baik rakyat, bukannya diperkecilkan, kata bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr Awang Adek Hussin.
  • KUALA LUMPUR - Isu daging babi yang telah mengemparkan negara kira-kira dua bulan lalu telah selesai setelah pihak kerajaan mengesahkan bahawa daging babi yang dirampasnya adalah daging kambing.
  • KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia meningkatkan pelaburannya dalam dana ekuiti swasta (PE) yang mematuhi Syariah, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburannya, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif.
  • KUALA LUMPUR - Kes demam denggi bagi tempoh 3 hingga 9 Sept menunjukkan peningkatan dengan 1,223 kes berbanding 1,171 kes pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap golongan rakyat termasuk golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.