KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ‎mendedahkan, beliau tidak gemar menggunakan kad kredit bagi mengawal perbelanjaan hariannya.

Azalina berkata, beliau lebih suka menggunakan kad debit ketika menjalankan urusan pembelian.

"Saya sendiri sebagai menteri dah berumur 52 tahun tak nak pakai kad kredit sebab saya lebih suka menggunakan debit.

"Sebab debit tiada isu bunga, kalau pakai kad kredit maknanya saya hutang bank dan kena bunga...‎dan cara itulah cara saya kawal kewangan saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan yang dijangka akan memberi perhatian terhadap mereka yang diisytiharkan bankrap terutamanya kerana menjadi 'penjamin sosial'.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akta Kebankrapan 1967 dipinda awal tahun depan]

Sementara itu, tambah Azalina lagi, penggunaan kad kredit akan membuatkan kadang-kadang kita 'terbabas' ketika berbelanja.

"Sebab kadang-kadang niat untuk membeli lebih daripada kemampuan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menasihatkan pemegang kad untuk membaca dengan teliti dan mengikut arahan pada skrin terminal pembayaran apabila membuat pembayaran dengan kad debit/kredit mereka.
  • KUALA LUMPUR - Seramai 1,022 pemegang kad kredit diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan menyelesaikan hutang kad itu bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.8 juta permohonan kad kredit diterima institusi kewangan negara tahun lalu. Timbalan Menteri Kewangan II,...
  • KUALA LUMPUR - Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia menyambut baik penggunaan kad kredit untuk membayar cukai pendapatan kerana ia akan mengelakkan pembayar cukai dikenakan penalti manakala kerajaan pula menerima faedah daripada kutipan cukai secara langsung.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.