PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan dua lagi individu bakal dipanggil bagi memberikan keterangan berhubung siasatan badan anti rasuah itu terhadap SRC International.

Ketua Pesuruhjayanya,  Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, setakat ini hanya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dipanggil bagi membantu siasatan.Katanya, mana-mana individu melakukan kesalahan akan dihukum berlandaskan undang-undang negara.

Kalau dia (Najib) buat salah undang-undang akan menentukan. Saya kembali bukan untuk membalas dendam, kalau bukti kata dia bersalah, maka dia bersalahlah.

“Kita panggil Datuk Seri Najib dulu, tapi kita masih lagi melihat seorang dua lagi saksi penting. Selepas itu kita boleh putuskan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM, hari ini.