Helikopter T625 pukau pengunjung

.Pameran helikopter T625 Gokbey dari Turkiye antara yang mendapat perhatian pengunjung Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024.
.Pameran helikopter T625 Gokbey dari Turkiye antara yang mendapat perhatian pengunjung Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pameran helikopter T625 Gokbey dari Turkiye antara yang mendapat perhatian pengunjung Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Tinjauan Sinar Harian di pameran itu mendapati rata-rata yang hadir dalam kalangan penuntut universiti serta anggota pasukan keselamatan negara.

Untuk info, helikopter sepanjang 15.82 meter buatan Turkiye itu boleh memuatkan dua kru dan 12 penumpang.

Pesawat dengan berkelajuan maksimum 306 kilometer/jam itu mempunyai pelbagai keupayaan antaranya sebagai pengangkutan perubatan dan penggunaan domestik.

Sementara itu, penuntut Universiti Islam Malaysia (UIA), Alif Ikmal Mohd Zamzuri, 21, berkata, teruja melihat helikopter T625 itu.

Helikopter T625 antara yang mendapat perhatian pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, Kuala Lumpur pada Selasa
Helikopter T625 antara yang mendapat perhatian pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, Kuala Lumpur pada Selasa

"Ini helikopter paling besar pernah saya lihat setakat ini.

"Sangat tertarik dengan kecanggihan teknologi ini, peluang lawatan ini perlu diambil sebaiknya," katanya yang juga peserta Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi penuntut UIA, Muhammad Afiq Irfan Samsani, 21, berkata, meminati teknologi ketenteraan dari negara lain.

Katanya, ini adalah pengalaman menarik sebagai penuntut universiti.

"Sebelum ini kita lihat helikopter sebegini hanya di YouTube atau televisyen sahaja, tapi ini kita dapat lihat dengan lebih dekat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!