KUCHING - Sebanyak 26,228 ekor haiwan peliharaan telah divaksin setakat ini dalam usaha membendung penularan wabak Rabies atau anjing gila di Sarawak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata daripada jumlah itu, sebanyak 18,587 anjing, 7,596 kuching dan 45 haiwan lain diberi vaksin itu.

"Hari ini, sebanyak 1,196 anjing divaksinkan pada program pemvaksinan anjing bagi mengawal penularan wabak rabies secara besar-besaran di Dewan Bola Keranjang, Siburan dan Dewan Masyarakat Krokong bermula 10 pagi hingga 4 petang tadi.

"Selain itu, pemvaksinan juga dijalankan ke beberapa kawasan kampung iaitu Kampung Tringgus Rabak Rotan, Kampung Tringgus Bong, Kampung Tringgus Matan, Kampung Stampin dan Stutong," kata sekretariat itu dalam kenyataan di sini.

Esok, program pemvaksinan anjing akan dijalankan di Dewan Bola Keranjang Sungai Apong di Kuching, manakala di kawasan Bau di Kampung Suba Bau, Kampung Suba Bandar, Kampung Grogo, Kampung Nowang, Kampung Opar, Kampung Rumeh, Kampung Tembawang Sauh dan Bau, Kampung Stenggang, Kampung Pioram Stenggang, Kampung Sepadah dan Kampung Jugan.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai wabak Rabies, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengadakan sebanyak 159 kempen kesedaran di kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri 31,363 peserta.

Setakat ini, wabak Rabies telah meragut lima nyawa di negeri ini.

Sementara itu, sekretariat itu berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan bahawa sebanyak 27 kes gigitan dilaporkan hari ini.

"Sebanyak 13 kes dilaporkan di  Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dua kes dan Bahagian Kuching 12 kes. Ini menjadikan bilangan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April hingga ke hari ini adalah 1,442 kes," kata sekretariat itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) akan mengadakan program pemvaksinan anjing untuk mengawal penularan wabak anjing gila atau Rabies di lapan kampung di Bahagian Serian, esok.
  • GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan memperhebatkan usahanya dalam mengekang penularan wabak rabies atau anjing gila di Sarawak yang merekodkan kes keenam semalam di Samarahan.
  • IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak tidak bercadang menarik balik pewartaan kawalan penyakit rabies di kawasan Kuala Sepetang dalam masa terdekat.
  • BAU - "Terlalu awal untuk mengisytiharkan bahawa wabak rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak telah pun pulih," kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.