PUTRAJAYA - Peperiksaan bertulis Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan berlangsung pada 23, 25, 30 dan 31 Oktober serta 1 November ini melibatkan 9,534 calon berdaftar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata 4,951 calon adalah dari sekolah menengah agama negeri; sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan (2,365); dan sekolah menengah agama rakyat (704).

Menurut KPM terdapat juga seramai 92 calon luar negara dari Kemboja ; calon persendirian (1,370); dan calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (52).

STAM 2017 akan dijalankan di 240 pusat peperiksaan yang dibuka di Malaysia dan Kemboja melibatkan 1,071 petugas peperiksaan, katanya.

Sehubungan itu, KPM mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.

Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.