Tomkraf prihatin kucing jalanan

Tomkraf menyampaikan sumbangan makanan kucing khas buat rumah penjagaan kucing.
Tomkraf menyampaikan sumbangan makanan kucing khas buat rumah penjagaan kucing.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib kucing jalanan, jenama produk makanan kucing tempatan, Tomkraf menggerakkan kempen #Tomkraf 1Rumah 1Kucing sebagai usaha membantu mendapat penjagaan dan kesihatan terbaik untuk 'si bulus'.

Eksekutif Pemasaran Tomkraf, Abu Suffian Abu berkata, pihaknya menjalin kerjasama dengan Kelab Belas Kucing KL dan Selangor yang menawarkan peluang kepada orang ramai mengambil kucing jalanan telah dirawat untuk dipelihara.

Abu Suffian
Abu Suffian

Menurutnya,usaha dijalankan juga sebagai langkah memupuk keprihatinan masyarakat agar lebih terbuka hati memelihara kucing jalanan daripada terus terbiar.

“Apabila kita uar-uarkan program keluarga angkat untuk kucing jalanan, banyak maklum balas diterima melibatkan pemilik yang nak lepaskan tanggungjawab sebab tak mampu nak jaga kucing.

“Sedangkan matlamat asal kita adalah untuk selamatkan kucing jalanan terbiar dan diberikan kepada keluarga angkat untuk dijaga.

“Jadi menjadi tanggungjawab besar buat Tomkraf untuk sebarkan kesedaran ini demi membantu mengurangkan kesengsaraan dihadapi kucing jalanan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika Program Santai-Santai Raya Bersama Si Comel 'Kongsi Rezeki Bantu Anak-Anak Jalanan' di pusat beli belah Wangsa Walk pada Sabtu.

Kucing jalanan yang diselamatkan dan dirawat dipamerkan untuk tujuan mendapatkan keluarga angkat baharu.
Kucing jalanan yang diselamatkan dan dirawat dipamerkan untuk tujuan mendapatkan keluarga angkat baharu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, menerusi program berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat, sejumlah 50 kucing jalanan berjaya mendapat keluarga angkat.

Lima pihak terlibat dalam usaha menyelamatkan dan merawat kucing jalanan, antaranya Sayang-Sayang Kitten Garden Cat Shelter, Khaty Cat House, Cikgu Sha Cat's Home, Mama Chimuk Cats Hause dan Klinik Veterinar Maya.

Orang ramai melihat kucing jalanan yang berjaya diselamatkan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.
Orang ramai melihat kucing jalanan yang berjaya diselamatkan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Dalam masa sama, Tomkraf turut menyampaikan sumbangan 10 karton makanan kucing khas buat rumah penjagaan kucing bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap keluarga angkat juga menerima satu pek makanan kucing sumbangan Tomkraf bagi setiap kucing diambil.

Sementara itu, Presiden Kelab Belas Kucing KL & Selangor, Sue Mayang menghargai tajaan Tomkraf menyokong perjuangan membela nasib kucing jalanan.

Sue Mayang
Sue Mayang

Katanya, selaku pemilik tempat perlindungan, usaha mendapatkan keluarga angkat baharu untuk kucing terbiar tidak berhenti.

“Ribuan kucing jalanan dirawat diserahkan kepada penjaga baharu dan kita mahu lebih ramai sukarela mengambil haiwan ini sebagai sebahagian keluarga mereka. Bagi mereka berminat tapi tiada pengalaman menjaga kucing, kami sedia bantu untuk belajar cara menguruskan kucing dengan baik,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!