Persidangan antarabangsa ketua-ketua agama jadi acara tetap di Malaysia - PM

Anwar (tengah) bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) yang juga Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa (dua dari kanan) merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 pada Selasa. Foto Bernama
Anwar (tengah) bersama Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) yang juga Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa (dua dari kanan) merasmikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama, yang menghimpunkan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia, akan menjadi acara tetap di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap merasmikan edisi pertama persidangan itu di sini pada Selasa, Anwar berkata, adalah penting bagi Malaysia mempromosikan pemahaman tentang Islam, Rahmatan Lil Alamin (rahmah kepada sekalian alam) dan mesej keamanan.

"Dalam persidangan ini, kita dapat perhatikan perkara yang perlu dilakukan dan ditambah baik dalam kalangan orang Islam, Kristian, Buddha atau Hindu.

"Kita ingin mendengar nasihat, kritikan dan cadangan anda, bagaimana pada masa kita mencuba sehabis baik untuk meningkatkan pemahaman tentang Islam dan mengamalkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan sunah, kita juga ingin sampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan, keadilan untuk semua rakyat, Muslim dan bukan Muslim," kata beliau.

Perdana Menteri menekankan peranan pemimpin agama, menggesa mereka untuk mengambil pendirian yang lebih aktif, berkesan dan berani dalam menggalakkan keadilan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: