AMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menghadap menziarahi Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang baharu menjalani pembedahan kecil di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Najib dan isteri tiba di hospital di Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu kira-kira jam 4.15 petang tadi sebaik selesai menghadiri tugas rasmi di Temerloh.

Tengku Abdullah yang ditemani Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani pembedahan pada bahagian buku lali kaki kanan selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 15 April lalu.

Baginda perlu menjalani pembedahan itu atas nasihat doktor selepas ujian imbasan (CT scan) di bahagian buku lali yang menyebabkan kesakitan serius.

Tengku Abdullah bertitah merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri  yang sudi meluangkan masa menziarahi walaupun dalam kesibukan tugasan harian.

"Terima kasih kepada Datuk Seri Najib serta isteri, kepada mereka yang menziarahi saya dan bertanya khabar. Terima kasih kepada semua terutama rakyat jelata yang mendoakan saya," katanya.

Dalam kunjungan selama satu jam itu, Najib menasihati baginda supaya berehat secukupnya agar pulih dan sihat seperti sedia kala.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ‘Social Impact Exchange’ (SIX) pembayaran berasaskan impak untuk memperkukuhkan lagi budaya inovasi di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan nama yang paling mencerminkan Bajet 2018 yang dibentangnya pada 27 Oktober lepas, adalah “Bajet Inklusif dan Menyeluruh”.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia tetap berpegang dengan pendirian membantah tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan tetap menjayakan projek Lebuh raya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak.
  • KUALA LUMPUR - Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat daripada ketua-ketua delegasi perwakilan luar negara di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.