BAGI kaum Hawa yang mahu meluaskan skop pandang dan ingin menambah pengetahuan mengenai 'pandangan Islam terhadap wanita', anda dialu-alukan untuk turut serta dalam satu program Hi-Tea bertemakan 'Clear The Mist: Women's Right in Islam' pada 10 Mei 2017 (Rabu).

Progam yang dianjurkan oleh Hidayah Center ini akan diadakan di Masjid al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang.

"Selain daripada program utama, pelbagai lagi program yang menarik lain turut disertakan, antaranya sesi tayangan video, aktiviti penerangan dan soal jawab, lawatan ke masjid, dan lain-lain lagi aktiviti," jelas jurucakap penganjur, Madihah Center.

Program ini dibuka kepada semua golongan dan anda digalakkan untuk

membawa rakan bukan Islam dalam program ini.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Emma-018-9030341; Fifi-0179016181 dan Dr Zahurin -019-3388686

Jadi tunggu apa lagi, jumpa anda Rabu ini!.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.