AYER KEROH - Adam Akbar Ali, 10, yang menghidap penyakit tumor di saraf tunjang merayu bantuan orang ramai menderma RM300,000 untuk menjalani pembedahan segera.

Penyakit yang menyerang 10 dalam sejuta itu, boleh menyebabkan lumpuh secara perlahan sekiranya ketumbuhan itu tidak dibuang.

Bapanya, Akbar Ali Mohamed Noordin berkata, penyakit itu mula dikesan selepas Adam sering mengadu sakit kaki dan lemah badan.

“Akhirnya kami mengetahui dia menghidapi ketumbuhan­ ini pada tahap dua selepas doktor di Hospital Selayang melakukan kajian.

“Tumor ini mengganggu saraf kaki, tangan dan pernafasan, membuatkan Adam sering sakit kepala dan kaki, malah akan jatuh kerana kaki tidak kuat sekiranya kepenatan,” katanya kepada Sinar Harian di Seri Bendahara, semalam.

Menurutnya, walaupun telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Queen Elizabeth, Singapura pada Julai 2010, namun hanya sebahagian tumor dibuang.

Katanya, enam bulan kemudian, penyakit Adam kembali menyerang dan dia terpaksa menjalani pembedahan sama pada November 2011 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Selepas mendapat khidmat beberapa doktor pakar di Malaysia, Akbar Ali berhasrat untuk mengubati penyakit anaknya melalui Pakar Neuro, Dr George Jallo di Hospital
Johns Hopkins, Baltimore, Amerika Syarikat.

Namun, Akbar Ali berkata, dia tidak mampu menyediakan kos RM300,000 itu.

Justeru, Adam yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, amat berharap bantuan daripada orang ramai.

Setakat ini hanya RM25,000 terkumpul dan orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh melakukannya menerusi akaun Maybank 512101054830 atau Bank Islam 12038025182964.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Belia Pemikir Muda (Pemikir), Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pihaknya turut menyediakan tabung membantu Adam mengumpul dana dan Kerajaan Negeri Melaka menyumbang sebanyak RM10,000.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AYER KEROH - Berbekalkan doa isteri-isteri dan semangat yang tinggi, membuatkan seorang pengidap kanser darah Limfoma Bukan Hodgkin (NHL) mengadakan misi jelajah solo menunggang motosikal Yamaha 150 ZR mengelilingi lima buah negeri.
  • AYER KEROH - Kerajaan Melaka memandang serius kekejaman dan penindasan terhadap etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, sekali gus mahu penyelesaian konflik dilaksanakan dengan segera.
  • AYER KEROH - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 10,000 unit rumah Mesra Rakyat1Malaysia (RMRIM) di seluruh negara sepanjang tahun ini bagi memberi peluang lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.
  • AYER KEROH - Satu kertas kerja sedang disediakan dalam usaha mewujudkan enakmen tegahan pemberian anugerah yang menyerupai darjah dan pingat rasmi Kerajaan Melaka.
  • AYER KEROH - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) berjaya mengaut hasil keuntungan lebih RM6 juta daripada penganjuran Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (Maccops) yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, bermula sejak Khamis lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.