PENYANYI Wani Kayrie terselamat daripada penyingkiran pada minggu suku akhir pentas Big Stage apabila diselamatkan menerusi imuniti Tik Tok oleh juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Keputusan tersebut sekaligus melayakkan Wani bersama-sama Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan, Baby Shima dan Ariff Bahran melangkah keperingkat separuh akhir minggu depan.

Menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa dan Jampi (segmen battle) Wani Kayrie menjadi peserta yang mendapat markah paling rendah daripada barisan juri iaitu 71.33%.

Kesemua peserta pada malam ini ditugaskan untuk menyampaikan lagu-lagu pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain persembahan di segmen battle.

Dalam pada itu, barisan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, selain juri jemputan Jaclyn Victor hari ini ternyata berpuas hati dengan persembahan Sarah Suhairi  

apabila meletakkan penyanyi tersebut pada kedudukan pertama dengan markah 81.50%.

Big Stage yang diacarakan oleh Sherry AlHadad dan Alif Satar ini dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran Astro Ria dan Ria HD (123).