SEKIAN lama berdiam diri, Syura Badron mengakui mengalami sakit misteri sehingga menganggu fokus utamanya dalam persembahan di konsert Gegar Vaganza 4 (GV4).

Menurutnya, keadaan itu mula menimpanya sewaktu merakam lagu di Indonesia, sejak September lalu.

Bagaimanapun, katanya, ia menjadi semakin memburuk selepas menyertai GV4.

"Bayangkan, saya hilang berat badan hingga 12 kilogram (kg) secara tiba-tiba, sedangkan saya makan seperti biasa.

"Saya juga kerap mengalami migrain, kebas badan di sebelah kiri malah suara saya juga 'hilang' setiap pagi," katanya.

Biarpun enggan mengambil peduli, pelantun lagu Bakawali ini mengakui resah apabila ramai orang terdekat menegur termasuklah penceramah bebas, Datuk Fadzillah Kamsah yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

"Saya sebenarnya tak mahu fikir bukan-bukan. Namun saya tiba-tiba naik risau selepas terserempak dengan dia, beberapa minggu lalu.

“Dia serta merta bertanyakan keadaan saya sama ada saya ada mimpi buruk, senggugut, ataupun sakit lain. Dia juga katakan seram apabila melihat saya,” katanya.

Susulan itu, penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berhasrat untuk mendapatkan rawatan pakar secepat mungkin.

"Saya sangat berpuas hati dengan persembahan saya walaupun mengalami migrain menjelang hari konsert.

"Lagipun, semua peserta yang ada hebat-hebat belaka.

"Insya-ALLAH, saya merancang untuk pergi berubat, selepas ini," katanya.

Syura tersingkir daripada GV4 di malam separuh akhir selepas mendapat markah terendah sekali gus terlepas peluang berentap di pentas akhir minggu hadapan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANYI yang sebelum ini popular dengan lagu Nazam Berkasih, Syura berhasrat untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.
  • KEMUNCULAN juara program realiti masakan, Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2) di pentas itu mungkin memberi kejutan buat masyarakat terutamanya peminat.
  • MESKIPUN dinobatkan menjadi juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron, 27, terkilan dengan segelintir peminat yang sehingga kini masih mempertikaikan kemenangannya dalam program tersebut.
  • JUARA MasterChef Selebriti Malaysia (MCSM) musim ke-2, Syura bernazar untuk membawa ibunya, Samsiah Mohamad menunaikan umrah.