Amir Raja Lawak masih di ICU, harap peminat sokong jualan ayam goreng, air jagung

Amir yang masih menerima rawatan di ICU HRPZ II berharap orang ramai dapat terus memberikan sokongan kepada perniagaan ayam goreng serta air jagung yang diusahakan di Medan Usahawan, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.
Amir yang masih menerima rawatan di ICU HRPZ II berharap orang ramai dapat terus memberikan sokongan kepada perniagaan ayam goreng serta air jagung yang diusahakan di Medan Usahawan, Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pelawak, Mohammad Amirullah Azmi, 37, atau lebih dikenali sebagai Amir Raja Lawak, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas dimasukkan pada 6 November lalu.

Amir juga masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan, namun keadaannya dilaporkan stabil dan selera makannya juga semakin bertambah.

Pembantu peribadinya, Muhammad Faris Che Ali berkata, beliau bersama beberapa rakan termasuk pelakon, Sharifah Sakinah berkesempatan melawat Amir di hospital pada Sabtu.

"Alhamdulillah dia (Amir) berada dalam keadaan baik serta boleh menerima kunjungan pelawat, namun dihadkan dua orang sahaja dalam satu masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sebelum ini, Amir dilaporkan mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil dan keadaan cuaca sejuk dipercayai memburukkan lagi kesihatannya, ditambah pula dengan demam yang dialami selama beberapa hari.

Amir kemudian dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faris berkata, Amir berharap orang ramai terus memberikan sokongan kepada perniagaan ayam goreng dan air jagung yang diusahakan di Medan Usahawan, pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Katanya, sokongan terhadap perniagaan berkenaan penting bagi memastikan Amir dapat membayar gaji pekerja sekali gus memastikan kebajikan mereka terbela.

"Kami juga memohon kepada semua agar mendoakan Amir supaya cepat sembuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!