Hans Isaac bakal tamatkan zaman bujang, pilih bekas ratu cantik

Datuk Dr Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James. Foto IG Hans Isaac
Datuk Dr Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James. Foto IG Hans Isaac
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Dr Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James.

Berita gembira itu dikongsikan Hans, 55, menerusi satu hantaran di Instagram hari ini memaparkan gambar beliau bersama-sama dengan bakal isterinya itu yang menayangkan cincin pertunangan, berlatarbelakangkan Menara Eiffel.

Dalam kapsyen yang mengiringi, Hans meluahkan rasa bahagia apabila Francisca menerima lamarannya, selain menyifatkan pemilihan wanita itu sebagai suri hidupnya antara keputusan terbaik yang pernah beliau buat.

"She said... YES! Forever with my favourite person. To forever with you, my Kayan/Iban soon to be wife. Best decision I've made and she said yes," menurut hantaran itu.

Pelakon utama filem Cuci itu turut berseloroh Francisca kini tidak dapat melepaskan diri daripadanya, selain menzahirkan kelegaan kerana tidak akan ada lagi pertanyaan tentang perkahwinannya.

"She's stuck with me now. No more... 'Hans bila nak kahwin?'," katanya.

Francisca yang berasal dari Kuching, Sarawak dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2020 sebelum mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2020 di Amerika Syarikat.- Bernama 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!