PASANGAN selebriti Akim Ahmad dan juga Stacy telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada petang tadi (17 Februari) jam 5.17 petang.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Akim di laman Instagram.

“17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan kaki bayi yang comel itu.

Gambar yang mendapat ‘likes’ hampir 27 ribu ketika artikel ini ditulis, pada masa sama juga dua ribu pengikut dan pengguna laman sosial tersebut tidak ketinggalan melahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Akim dan Stacy.

Antara rakan artis yang turut memberikan komen ialah Datuk Red, Alif Satar, Hafiz Suip, Hyperact dan ramai lagi.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TERKENAL dengan imej lincah di pentas, Stacy bagaimanapun tidak kisah apabila ruang itu diisi dengan kehadiran penyanyi lain.
  • PENYANYI lincah yang mula dikenali selepas menjuarai Akademi Fantasia musim keenam, Stacy, 27, kini sedia kembali memeriahkan industri seni tanah air setelah hampir setahun berehat daripada sebarang aktiviti nyanyian.
  • SETELAH setahun merehatkan diri daripada sebarang aktiviti nyanyian, Stacy Anam, 27 tahun kini bersedia untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air.
  • SETELAH sekian lama ‘menyembunyikan’ pandangan peminat daripada melihat wajah sebenar anak selebriti Akim Ahmad dan Stacy Anam, akhirnya pemilik nama Eshaal Afiq Hakim ini ditunjukkan wajahnya.
  • “SAYA tujukan lagu Anugerah ini buat anak saya, Eshaal Afiq Hakim kerana dia merupakan anugerah terindah buat diri saya,” berikut merupakan luahan ikhlas penyanyi Akim Ahmad sewaktu Konsert Akim & The Majistret, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.