AKTOR popular Shaheizy Sam difahamkan kini berada di Kinabatangan, Sabah, bagi membantu kempen PRU14 Datuk Seri bung Moktar Radin yang juga merupakan abang iparnya.

Akhbar tempatan melaporkan, Sam, 35, terpaksa meredah laut dan berpanas demi membantu kempen suami kakaknya, Zizie Ezette.

"Ini merupakan tanggungjawab saya kepadanya sebagai adik ipar. Kami sekeluarga sentiasa memberikan sokongan terhadapnya.

"Pada masa yang sama, saya juga suka mendengarkan laungan penduduk di sini, 'Tatap BN'," katanya kepada sebuah akhbar.

Kehadiran Sam tidak keseorangan tetapi ditemani pelawak terkenal, Zizan Razak.

Difahamkan lagi, Sam percaya bahawa abang iparnya mampu mengekalkan kerusi Parlimen Kinabatangan, Sabah.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini, Bung Moktar berdepan dengan tiga penjuru dengan calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Mustapha Datu Tambuyong dan MA Ghazali Abdul Ghani (Parti Warisan Sabah).