BERIKAN apa sahaja busana kepada pemilik nama Rozita Che Wan, pastinya nampak menawan dan mempersona.

Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 45, hangat diperkatakan gara-gara baju yang digayakan itu seperti busana pengantin ketika menghadiri resepsi persandingan anak sahabatnya iaitu, Datuk Ziela Jalil.

Tambah berseri lagi, busana yang mendapat sentuhan Rizman Ruzaini ini dimewahkan lagi dengan perletakan hiasan bunga-bunga daripada rona terang.

"Macam Che Ta pula yang nak jadi pengantin, aduh...," tulis salah seorang netizen.

"Nasib tak bertukar dengan pengantin, vogue," komen salah seorang pengguna Instagram Che Ta.

"Tajuk dress 'pengantin sembah ratu'," komen netizen lagi.

"Eh ada pengantin lagi satu," komen netizen.

Pada masa yang sama, Che Ta yang ditemani anak lelakinya iaitu Ammar Effendy, turut "diusik" oleh netizen.

"Peneman Che Ta yang di sebelah tu pun apa kurangnya, elok!" tulis netizen.