WALAUPUN sedang sibuk menjalani penggambaran filem Dhoom 3 di Chicago, aktor kacak, Aamir Khan sanggup pulang ke tanah airnya kerana mahu menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan yang berlangsung semalam.

Menurut laporan Hindustan Times, pelakon itu hanya pulang sehari semata-mata untuk menghadiri majlis itu.

"Aamir pulang ke Mumbai bersama Abhishek yang turut terlibat dengan penggambaran filem tersebut. Setelah majlis tamat, mereka berdua terus berangkat ke Chicago untuk menyelesaikan tugasan mereka.

"Hubungan Aamir dengan keluarga Bachchan sangat rapat dan tidak hairanlah dia sanggup berulang-alik kerana majlis itu," kata sumber.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.