CHEF selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akan masuk ke penjara tidak lama lagi.

Pengakuan itu ditulis sendiri Chef Wan di dalam akaun Instagramnya. 

“Pagi ini saya menerima tawaran daripada produser eksekutif Discovery Travel and Living yang menjemput saya menjadi hos mereka untuk program terbaharu mereka.

“Mereka mahu saya melawat empat buah penjara yang terkenal di Asia dan memasak dari dapur penjara. Bukan hanya masak, tetapi saya perlu menyelami kehidupan penghuni ini,” katanya.

Mengakui ia tawaran itu menarik namun ia sedikit menakutkannya.

“Saya ada katakan pada mereka, sebelum ini saya pernah bekerja BBC 2 Talkshow bersama Misal Hussein dan berharap keselamatan saya dijaga dengan baik.

“Dalam setiap masakan saya itu nanti, tidak boleh ada terung atau timun. Ia benar-benar cabaran untuk saya,” tulisnya yang menerima tawaran tersebut.

Menganggap ia cabaran baharu buatnya, Chef Wan berkata rancangan itu nanti akan ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

“Bukan mudah nak dapat tawaran begini,” katanya.

Chef Wan sememangnya seorang selebriti chef yang bukan hanya popular di Malaysia malah namanya dikenali di Asia hingga beberapa buah negara Eropah.

Beliau sering diundang menjadi juri pertandingan masakan, personaliti untuk rancangan antarabangsa.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERTEMUAN singkat antara chef selebriti terkenal, Chef Wan dengan Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim dalam penerbangan dari Johor ke Kuala Lumpur mampu menyingkap peribadi mulianya.
  • CHEF selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.
  • UMUM mengetahui, chef selebriti terkemuka negara, Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, agak lantang dalam 'mengecam' nasi lemak yang dihidangkan di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok, sebelum ini.
  • SEJAK berpisah dengan chef selebriti, Chef Riz pada November 2012, nama pelakon, Ana Dahlia kurang dikaitkan dengan kontroversi. Walaupun bekas suaminya yang juga anak kepada chef terkenal, Chef Wan, lebih galak mempamerkan kekasih namun Ana lebih selesa berdiam diri.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.