SANDAKAN - John Ebin, 39, begitu berbangga apabila dapat menghasilkan album sulungnya dalam bahasa Dusun. Albumnya yang memuatkan 10 buah lagu dalam bentuk cakera padat (CD) versi karaoke dilancarkan dalam satu majlis ringkas di Kompleks Taman Cahaya di sini hari ini.
John atau nama penuhnya Jamudin yang hilang penglihatan berkata beliau mencipta sendiri liri lagu sementara susunan muzik dilakukan oleh Francis Landong, seorang artis tempatan Sabah.
Rakaman lagu dimulakan Julai tahun lepas di Studio Sound Bamboo milik Francis, sebelum diikuti penggambaran video yang keseluruhan proses tersebut selesai Mac lalu dengan penghasilan 1,000 unit CD.
"Pembuatan album lagu ini penting dalam diri saya. Bukan sahaja saya meminati muzik tetapi juga membuktikan hilang penglihatan tidak menghalang saya untuk melahir album lagu sendiri," katanya kepada Bernama selepas selesai majlis pelancaran album tersebut.
Dari segi kewangan untuk menghasilkan albumnya, John yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi sejak 13 tahun lalu berkata beliau menggunakan wang sendiri untuk menghasilkan albumnya selain daripada individu dan pihak yang prihatin.
Bagi pejualan albumnya pula, beliau berkata beliau sendiri akan menjualnya beserta bantuan Persatuan Orang Buta Sandakan.
Beliau berharap albumnya yang banyak mengisahkan pengalaman hidupnya akan mendapat sambutan ramai. - Bernama
John Ebin bangga buat album dalam Bahasa Dusun
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Eina: Ibu Afiq Muiz bakal disaman
- Eina : 'Dia kurang siuman'
- Saya tertekan, kata Eina Azman
- Fizo Omar putus cinta
- Afiq oh Afiq!
- Yana Samsudin heroin terhebat?
- Lisdawati 'buka tudung' demi lakonan
- Fasha Sandha kongsi saat-saat manis bakal bergelar ibu
- Eina Azman jadi buruan
- Enot hampir tersingkir dalam MasterChef Selebriti Malaysia 2
- Cinta selepas kahwin: Ulfah, pelengkap hidup Imam Muda Hassan
- Tiz Zaqyah 'tayang' teman lelaki?
- Teduhan Kasih satukan Sherry, Adi Putra dan Shah Iskandar
- Melly terjun ke bidang baru
- Kisah Facebook Ustazah Shamsiah
- Ahmad Idham tak kejar anugerah antarabangsa
- Berpisah cara baik
- Air mata Paris Hilton
- Keputusan Piala Sudirman 2013
- Drama bersiri Dahlia mengusik jiwa
- “Saya Kejar Pasaran Antarabangsa Bukan Anugerah Antarabangsa” - Ahmad Idham
- "Eina Lupa Nak Cakap ‘Off Record’" - Eina Azman
- Eina Azman Anggap Emak Afiq Kurang Siuman
- Min Yasmin Tak Tolak Jodoh Dengan Julfekar
- Melly Goeslow Ceburi Bidang Fesyen
- Farawahida Kahwin Hujung Tahun?
- Keroz Nazri 'Sedia Bercinta Lagi'
- Konsert Mizz Nina Dapat Sambutan Hangat!
- Trak Suria FM Ceriakan Warga Kota
- Emosi Saya Tidak Terganggu - Sharifah Sakinah




