Hilang sejak Sabtu, Muhammad Azfar ditemui lemah

Muhammad Azfar ditemui oleh orang awam berhampiran jeti nelayan di belakang SMK Batu Kawan kira-kira jam 2.36 petang, Rabu.
Muhammad Azfar ditemui oleh orang awam berhampiran jeti nelayan di belakang SMK Batu Kawan kira-kira jam 2.36 petang, Rabu.
A
A
A

BATU KAWAN - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki dan berjoging secara sendirian di Bukit Hill Top Batu Kawan di sini sejak lima hari lalu ditemui selamat namun dalam keadaan lemah pada Rabu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, Muhammad Azfar Ismail, 28 ditemui oleh orang awam berhampiran jeti nelayan di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawan kira-kira jam 2.36 petang, pada Rabu.

"Mangsa diberikan bantuan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Muhammad Azfar ditemui berhampiran jeti nelayan dalam keadaan lemah.
Muhammad Azfar ditemui berhampiran jeti nelayan dalam keadaan lemah.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki dan berjoging secara sendirian di Bukit Hill Top Batu Kawan di sini Sabtu lalu.

Difahamkan lelaki berkenaan keluar dari rumahnya kira-kira 5 petang hari sama.

Kehilangan Muhammad Azfar Ismail, 28, dari Taman Mutiara, di sini dilaporkan oleh abangnya pada 11.59 malam Sabtu.

Selain bomba, operasi mencari dan menyelamat mangsa turut melibatkan Pasukan Khas Unit STORM & MUST serta agensi luar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM).

Artikel Berkaitan:

Muhammad Azfar diberikan bantuan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan.
Muhammad Azfar diberikan bantuan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menerima rawatan.

Difahamkan, kawasan pencarian dilakukan di laluan pendakian, kawasan puncak bukit dan juga di pesisir pantai.

Unit Pengesan K9 JBPM dan Unit Dron PDRM juga digunakan bagi kerja-kerja pencarian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!