Sheriff tembusi pawagam Hong Kong

Sheriff: Narko Integiriti bakal menembusi pasaran Hong Kong dan akan ditayangkan bermula 6 Jun depan.
Sheriff: Narko Integiriti bakal menembusi pasaran Hong Kong dan akan ditayangkan bermula 6 Jun depan.
A
A
A

FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integiriti bakal menembusi pasaran Hong Kong dan akan ditayangkan bermula 6 Jun depan.

Berita gembira itu dikongsikan Syafiq menerusi platform X pada Isnin.

“Berita baik untuk filem Malaysia... selepas tayangan di negara Indonesia, filem Sheriff: Narko Integriti bakal tembusi pawagam-pawagam di Hong Kong.

“Tayangan di Hong Kong bermula 6 Jun 2024! Majulah Filem Malaysia!” kongsinya.

Terdahulu, filem yang dibintangi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan ramai lagi sudah mencatat kutipan RM60.5 juta selepas hampir 30 hari ditayangkan di pawagam.

Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd dan Astro Shaw Sdn Bhd itu turut menembusi pawagam di Indonesia dan akan memulakan tayangan pada 22 Mei 2024.

Sheriff: Narko Integriti mengisahkan tentang Nazri iaitu seorang anggota polis yang merasakan sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu sendiri tanpa pengetahuan daripada rakan sejawatnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!