PERTIKAIAN yang wujud dalam rumahtangga penyanyi Muhammad Hafiz Hamidun dengan usahawan kosmetik Joy Refva bakal berakhir tidak lama lagi selepas Hafiz memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari jam 1 petang tadi.

Hafiz, 33, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Hafiz selaku plaintif hadir bersama peguamnya, Datuk Mohd Azmi Rais menamakan Siti Arifah Mohd Amin, 30, sebagai defendan.

Saman (permohonan cerai) itu akan diserahkan kepada Joy pada sidang akhbar yang dijadual akan dibuat oleh Joy di Shah Alam petang ini.

Ketika ditemui media, Hafiz menyatakan, beliau mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian itu dua hari lepas.

Antara lain, beliau memberikan alasan sudah tidak wujud lagi persefahaman untuk meneruskan kehidupan berumahtangga, selian mendakwa Joy melawan dan mengingkari suruhannya sebagai suami, serta menjatuhkan imej dan reputasinya.

"Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya diselesaikan 10 Oktober lalu," katanya.

Selain itu, Hafiz berkata beliau enggan melayan kenyataan-kenyataan yang dibuat Joy berkaitan dirinya di media sosial namun tidak teragak-agak untuk mengambilkan tindakan saman sekiranya Joy masih mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan dirinya.

Sementara itu mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk prosiding permohonan cerai itu.

Hafiz dan Joy diijab kabul pada 1 Mei 2017.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENYANYI dan komposer, Hafiz Hamidun menunaikan janjinya untuk menyumbangkan RM1,000 kepada setiap pelajar Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Perak yang berjaya memperolehi keputusan 6A dalam UPSR tahun ini.
  • IKATAN pernikahan penyanyi, Hafiz Hamidun dan usahawan kosmetik, Joy Refva akhirnya terlerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini.
  • USAHAWAN kosmetik, Joy Revfa menegaskan dia tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan penceraian yang dilafazkan bekas suaminya, Datuk Mohd Rayus dua tahun lalu sah.
  • AHLI Perniagaan, Datuk Rayos Abdul Rahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan fitnah dalam kemelut perkahwinannya bekas isterinya, Siti Arifah Amin bersama penyanyi, Hafiz Hamidun.