SEJAK minggu lalu, hangat mengenai filem Badang diperkatakan.

Dari filem hingga ke pelakon utamanya, ada sahaja yang diperkatakan baik oleh netizen mahupun selebriti sendiri.

Terbaru, pelakon, Arash Mohd turut memuat naik satu posting di akaun Facebook miliknya.

Biarpun tidak meletakkan nama Aliff Syukri secara terangan, namun teguran mengenai pelakon yang penat bekerja dan stress dengan kritikan penonton terhadap lakonannya itu dipercayai berkaitan dengan video yang dimuat naik ahli perniagaan tersebut baru-baru ini.

Arash Mohd

"Macam nilah pada yang berkenaan tu. Kalau kau cakap yang kau penat berlakon filem pertama kau, aku rasa aku lagi penat sebab dah terlibat dalam bidang ni dah 26 tahun.

"Tapi aku tak pernah jemu sebab ini pun rezeki yang Allah dah janjikan untuk aku.

"Kalau kau stress bangun pagi sebab tak boleh terima kritikan masyarakat terhadap mutu lakonan kau tu, bermakna kau belum cukup kental untuk berada dalam dunia seni ini.

"Kalau kau rasa filem kau tu lebih bagus dari filem filem lain termasuk juga dari Hollywood, sila berdiri depan cermin," tulisnya.

Tambah pelakon yang sudah membintangi puluhan drama ini, pujian bukan datang dari aktor atau aktres itu sendiri tapi datang dari penonton.

"Sikap kau ni dah merosakkan bidang kerja kami. Jangan jadikan kemewahan yang kau ada untuk memperbodohkan masyarakat.

"Kami lebih tahu menilai sebab kami dalam bidang ini. Nak masuk bidang seni kena kuat mental, fizikal (jangan lembik) dan hati kena jujur.

"Jangan disebabkan kualiti filem macam ni, kita akan kehilangan penonton pada masa akan datang. Bukan cemburu tapi kesal dengan sikap kau tu," ujarnya.

Arash juga meminta agar  menghormati mereka yang sudah lama berada di dalam bidang seni.

"Lagi satu ya dik jangan jadikan bidang ini semata mata untuk melariskan perniagaan kau. Kau memang dah terlajak laris ok," akhirinya.