WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan terus membantu pembangkang Syria berhadapan konflik dengan kerajaan negara itu tetapi tidak menjelaskan dengan lebih terperinci jenis bantuan yang akan diberikan.

Setiausaha Negaranya, John Kerry berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memberi bantuan senjata tetapi tidak ada lagi sebarang pengesahan buat masa ini.

Katanya lagi, tentera negara juga sudah bersedia untuk melakukan serangan secara besar-besaran di utara Aleppo yang dipegang pemberontak.

“Kami sedang menumpukan usaha kami dalam melakukan apa saja yang termampu untuk menyokong kumpulan pembangkang Syria.

“Saya juga fikir mengenai kepentingan dalam mencari jalan damai dalam konflik Syria ini. Perang bukanlah salah satu jalannya,” ujarnya semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Pemangku Presiden Brazil Michel Temer didakwa memberi maklumat politik kepada diplomat Amerika Syarikat (AS), dan WikiLeaks turut menganggap beliau sebagai pemberi maklumat kedutaan Amerika.
  • WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mendakwa operasi ketenteraan Rusia di Syria sejak September lalu, telah meragut ratusan nyawa penduduk awam di negara itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.