NEW DELHI - INDIA . Gara-gara tidak tahan dengan sikap suami yang gemar berpoya-poya, seorang wanita nekad mengupah orang untuk mengerat kemaluan suaminya.

Ayesha, 45, ditahan bersama anak saudara, Nandini, 30 dan suaminya, Pawan Vishwakarma, 35, ketiga-tiga mereka dipercayai berkomplot untuk membalas dendam terhadap perbuatan keji suami Ayesha, Dr Shafatullah Khan.

Bagaimanapun, Pawan berpendapat adalah lebih baik jika mangsa dibunuh.

Dua lelaki yang diupah melaksanakan tugas itu kemudian membunuh mangsa.

Mayat mangsa ditemui dalam sebuah rumah di Jabalpur, Madhya Pradesh dengan 12 tikaman di dada manakala leher dan pergelangan tangan dikelar.

Jurucakap polis, Shashikant Shukla berkata, dua suspek terbabit  masih lagi dalam buruan polis.

Ayesha mengahwini suaminya pada tahun 1991 tetapi lelaki itu menggunakan kedudukannya sebagai doktor untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita termasuk gadis muda.

Mangsa juga didakwa pernah menodai Nandini ketika berusia 11 tahun hingga menyebabkannya mengandung, namun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan keluarga untuk menutup malu. - Agensi