Laluan baharu Bas Makkah hubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira

Laluan baharu Bas Makkah menyediakan akses terus ke Daerah Kebudayaan Hira, membolehkan pelawat menerokai Pameran Wahyu, Muzium al-Quran, kemudahan pendidikan lain, serta Gua Hira. Foto: Agensi
Laluan baharu Bas Makkah menyediakan akses terus ke Daerah Kebudayaan Hira, membolehkan pelawat menerokai Pameran Wahyu, Muzium al-Quran, kemudahan pendidikan lain, serta Gua Hira. Foto: Agensi
A
A
A

MAKKAH - Bas Makkah telah melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira dengan matlamat untuk meningkatkan kesalinghubungan antara tapak keagamaan dan kebudayaan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Laluan baharu itu menyediakan akses terus ke Daerah Kebudayaan Hira, membolehkan pelawat menerokai Pameran Wahyu, Muzium al-Quran, kemudahan pendidikan lain, serta Gua Hira.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada perluasan rangkaian Bas Makkah yang sedang dijalankan, merangkumi 12 laluan, 400 bas, dan 431 stesen meliputi jarak 580 kilometer sehingga kini, serta telah memberi perkhidmatan kepada lebih 188 juta penumpang melalui lebih empat juta perjalanan.

Laluan baharu itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada sistem pengangkutan yang dipantau oleh Suruhanjaya Diraja bagi Bandar Makkah dan Tapak Suci, serta diterajui oleh Pusat Pengangkutan Am, pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi perancangan, pengawalseliaan, dan pengendalian rangkaian pengangkutan Makkah. - Bernama - SPA

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bas Makkah melancarkan laluan baharu dari Masjidil Haram ke Daerah Kebudayaan Hira
  • Laluan baru memudahkan akses ke Pameran Wahyu, Muzium al-Quran, dan Gua Hira
  • Perluasan Bas Makkah kini merangkumi 12 laluan, 400 bas, dan 431 stesen
  • Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha perluasan jaringan pengangkutan di Makkah
  • Dilaksanakan oleh Pusat Pengangkutan Am dibawah pengawasan Suruhanjaya Diraja bagi Bandar Makkah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!