Penemuan objek mencurigakan, konvoi Trump ubah laluan

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengubah laluan konvoi Trump selepas penemuan objek mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach. Foto Agensi
Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengubah laluan konvoi Trump selepas penemuan objek mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach. Foto Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (USSS) mengubah laluan konvoi Presiden Donald Trump selepas penemuan objek mencurigakan ketika pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, menurut Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi.

"Ketika pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, satu objek mencurigakan dijumpai USSS.

"Siasatan lanjut diperlukan dan laluan konvoi presiden telah diselaraskan sewajarnya," kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karoline Leavitt.

Jurucakap USSS Anthony Guglielmi berkata, laluan kedua diambil sebagai langkah berjaga-jaga yang menurutnya merupakan protokol standard.

Ditanya pemberita mengenai bungkusan itu, Trump berkata: "Saya tidak tahu apa-apa mengenainya."

Sebelum ini pada Oktober lepas, USSS menemukan pondok memburu dengan pandangan sasaran terus ke arah lokasi Trump keluar daripada pesawat Air Force One di lapangan terbang sama, namun tiada sesiapa dikesan di kawasan itu. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat mengubah laluan konvoi Presiden Donald Trump selepas penemuan objek mencurigakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach
  • Objek mencurigakan dijumpai ketika pemeriksaan keselamatan
  • Laluan konvoi presiden diselaraskan sebagai siasatan lanjut
  • Langkah kedua diambil adalah berdasarkan protokol standard untuk keselamatan
  • Donald Trump mengatakan dia tidak tahu apa-apa mengenai bungkusan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!