NEW ORLEANS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang guru ditahan polis selepas mempersoalkan layanan buruk yang diterima para guru dalam satu sesi dialog terbuka di sekolah Vermilion Parish, Abbeville.

Dalam satu rakaman, Deyshia Hargrave dilihat akur menurut arahan pihak berkuasa tempatan yang menyuruhnya keluar dari bilik dialog.

Tidak lama kemudian, Hargrave menjerit dari luar bilik dan orang ramai mendapati pihak berkuasa menolak mangsa ke lantai dan menggarinya.

Mangsa kemudian ditahan di lokap dan dilepaskan atas arahan pendakwa raya.

Susulan itu rakaman kejadian yang tersebar, pelayar laman sosial seluruh dunia mengecam kejadian tersebut.

Lebih teruk, beberapa pelayar menghantar ugutan bunuh ke pihak pengurusan sekolah terbabit, menyebabkan sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu.

Laporan AP mengatakan beberapa wanita lain yang menyuarakan pendapat mereka dalam sesi dialog berkenaan juga dihalau ketika kejadian.

Kejadian tersebut menarik perhatian agensi hak orang awam, American Civil Liberties Union yang kini menyiasat kejadian tersebut.

"Kejadian mangsa dihalau dan kemudian ditahan langsung tidak boleh diterima, malah ia melibatkan hak-hak mangsa sebagai rakyat Amerika Syarikat," kata organisasi berkenaan dalam satu emel.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :