Negara Teluk siap siaga, Asia Barat kembali tegang

Washington turut meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau berkenaan dengan menggerakkan kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt. - Foto Agensi
Washington turut meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau berkenaan dengan menggerakkan kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt. - Foto Agensi
A
A
A

KUWAIT CITY - Negara-negara Teluk meningkatkan tahap kesiapsiagaan selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Pulau Qeshm di Iran ketika ketegangan antara Washington dan Teheran terus memuncak di sekitar Selat Hormuz.

Serangan itu mencetuskan kebimbangan baharu di Asia Barat apabila beberapa negara yang menempatkan pangkalan tentera AS berisiko kembali terheret dalam konflik berpanjangan di rantau tersebut.

Kuwait pada Rabu memperketat langkah keselamatan selepas sistem pertahanan udaranya mengesan ancaman serangan dron manakala Bahrain turut melaporkan beberapa serangan dari Iran berjaya dipintas.

Perkembangan itu berlaku selepas AS menyasarkan tapak pelancaran peluru berpandu milik Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan Iran yang menyasarkan anggota serta aset AS.

Sejak awal minggu lalu, Washington turut meningkatkan kehadiran ketenteraannya di rantau berkenaan dengan menggerakkan kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt.

Langkah itu menyaksikan kehadiran tiga kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat AS dan lebih 12 kapal pemusnah di kawasan berkenaan.

Meskipun kedua-dua negara belum kembali berbalas serangan secara besar-besaran, ketegangan antara Washington dan Teheran terus memuncak.

Pada Selasa, Presiden AS, Donald Trump berkata, beliau memandang serius laporan mengenai dakwaan Iran sedang merancang serangan menggunakan 'bom radioaktif atau bahan kimia' ke atas Washington.

"Sekiranya ancaman itu benar, mereka akan berdepan tindak balas yang belum pernah diterima mana-mana negara sebelum ini. Saya berharap laporan itu tidak benar, namun kami melihat perkara itu sebagai ancaman besar,” ujar Trump.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menolak laporan itu dan menyifatkannya sebagai propaganda seperti era Perang Iraq'. - Agensi

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!